Wednesday 4 April 2012

Makanan Palsu Buatan China

Sekarang ni memang aku fobia bila dengar
product from China
Nak beli pinggan, tengok product dari mana?
Nak beli botol air, tengok product dari mana?
Aku lebih rela membeli barang buatan Malaysia daripada barang import seperti China..
Selepas banyak kes yang kita dengar, dari muncul nya telor buatan manusia, daging lembu buatan manusia, kacang walnut tiruan, madu tiruan, beras tiruan, kobis tiruan ...
Semuanya made in China..

Beras dari China adalah sangat tinggi kandungan toxic nya
Jika di makan beras ini sebanyak 3 mangkuk kecil, jumlah nya sama dengan anda memakan sehelai bag plastic...
Tunggulah hanya beberapa bulan dan lihatlah apa yang akan terjadi pada usus besar dan kecil anda..


Daging buatan China yang diperbuat dari daging ayam dan babi serta dicampur dengan bahan perasa yang lain.. sehingga rasa nya adalah sama dengan daging lembu yang anda makan...
Tetapi, setakay ini, negara kita tidak pernah mengimport daging dari China.
Yang ada pun daging dari India. Berhati-hati lah kerana kebanyakkan barang dari India diambil dari China.
Peristiwa ini berlaku selepas Amerika Syarikat menemui madu palsu yang datang dari India.
tetapi, sebenarnya bahan itu adalah dari China..
Belilah daging tempatan walaupun harganya lebih mahal dari harga daging import...
Kalau pergi kedai makan lepas ni boleh tak tanya, "MAkcik, ini daging import ke tempatan??"
hehe.... 


Janganlah beli "kobis China"..
Belilah "kobis Cameron"...
Walaupun kadang-kadang harganya lebih mahal tetapi ia lebih sihat dan berkhasiat...

China juga merupakan pengeluar terbesar
Rare Earth Element...
untuk pasaran dunia..


rare earth element ini digunakan untuk menghasilkan smart phone, flat screen  tv, komputer, i-pad, hybrid car,  lampu fluorescent yang jimat tenaga, samsung galaxy tab....... 
namekan jela teknologi canggih kini kebanyakkan nya dibuat dari element ini..
ketaksuban China mengeluarkan element ini dari perut bumi menjadikan mereka kini mengalami masalah pencemaran alam sekitar yang semakin teruk..
Yang mana pemprosesan bahan ini menghasilkan bahan element radioactive..
Inilah yang kita juga mahu process di Lynas Kuantan..

Berbalik pada makanan tiruan dan rare earth element ini,
Anda bayangkan lah kehidupan mereka di sana di kelilingi dengan bahan toxic dan radioactive..
mereka sanggup demi mengaut keuntungan...
Sebab itu lah mereka dipanggil kaum yang pandai berniaga..
Keuntungan adalah perkara utama..

This toxic compound adalah carcinogenic, teratogenic dan mutagenic..
Yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit cancer, kecacatan pada bayi dan menghasilkan keturunan yang "lembab"..


Walau sebegitu canggih nya buatan manusia itu..
Kejadian Allah itu adalah lebih baik ... Subhanallah...
Fikir-fikirkanlah... 


Sunday 1 April 2012

Facebook - Gaya hidup masa kini

Setiap orang ada pendirian masing-masing
Aku sekadar menulis apa yang aku rasakan yang perlukan perkongsian..
Tidak akan ada yang betul @pun salah berkaitan apa yang kita luahkan..
Salah satu medium perhubungan yang semakin berleluasa adalah 
FACEBOOK
facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg seorang berbangsa Yahudi
dibesarkan di New York dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard
Tahukah anda apakah keburukan di sebalik kebaikan yang ada:

Luahan perasaan di FB
untuk orang yang belum berkahwin kenyatan seperti "i miss u, i love u, x sabar nak jumpe... etc."
rasanya macam tidak perlulah nak tulis di wall masing-masing yang membolehkan seluruh dunia akan tahu perasaan anda itu..
untuk orang yang sudah berkahwin pula, tidak perlulah menceritakan segala aktiviti anda yang menunjukkan kesedihan, kebahagiaan anda kepada satu dunia... luahkan pada sahabat karib anda atau pasangan anda sahaja..Itu sudah mencukupi.. Sesungguhnya perasaan riak itu adalah diharamkan dalam islam. Tidak perlulah orang luar tahu masalah rumahtangga anda... Sekalipun anda bahagia atau derita..

Melalaikan
Menghadap fb memang melalaikan kecuali bagi orang yang berfikir... Sama ada lalai bergosip atau bermain game..

Meletakkan Gambar yang mengaibkan diri sendiri
Tanpa kita perasan, kadang-kadang gambar yang dipaparkan itu tidak sesuai untuk dipamerkan kepada umum. Sebelum kita meng-upload gambar diri sendiri dan rakan-rakan kita, fikirkanlah adakah gambar itu sesuai untuk tatapan umum... Jangan sampai gambar itu memalukan diri sendiri dan orang lain..

Menangguhkan Kerja
Kerana fb kita sanggup menangguhkan kerja pejabat, rumah, sekolah etc... 

Mengecutkan Otak
Kajian terbaru menunjukkan orang yang selalu menghadap fb akan mengalami pengecutan otak sebanyak 20%. Maknanya semakin kecut otak anda, semakin lembab lah anda...



Pilihan di tangan anda, tulislah apa yang anda mahu...
 tetapi tulislah menggunakan akal fikiran anda, bukannya menggunakan hati dan perasaan anda..



Skim Simpanan Pendidikan Nasional - SSPN

Antara simpanan yang digalakkan untuk dibuka bagi anak-anak anda adalah 
Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN
di samping lain-lain akaun dan juga isuran kesihatan etc
 Cara nya mudah sahaja:
datanglah ke mane-mane kaunter ejen PTPTN seperti 
BSN, CIMB, Bank Islam, Maybank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia,
past tu bawak mykad anak-anak, sijil kelahiran anak dan IC penjaga.
Past tu bawak lah duit skali nak simpan berapa kan..

Sebulan selepas daftar akan dapat kad simpanan macam kat gambar bawah ni
Kalau nak tambah duit simpanan,
senang je.. guna kad yang disediakan tu.

Kad SSPN yang telah diterima...


Gambar Adik dan Abang sekadar hiasan...

Thursday 8 March 2012

Trip to Penang -V

Lama betul nak menghabiskan cerita bercuti ke Penang ni..
Al-maklum lah 6 hari kat sana...
Kalau lagi lama.. lagi kembang lah aku..
Mana tak nyer..
Cari-cari makan je la aktiviti kami..
Untuk pengantin baru, memang sangat sangat tidak sesuai la kalau nak ber honeymoon kat sini..
huhu...

Adik yang sedang membesar... 
Inilah satu-satu nya anak perempuan ibu.
Tak boleh dapat kat mane-mane...
Bayar lah berjuta-juta pun, memang tiada galang ganti nya...

Adik dengan Kakak...

Really love this picture... 

Seperti biasa... 
Posing dulu sebelum cari makan...

Inilah sasaran kami yang seterusnya
Medan Makan Padang Kota Lama..

Laksa utara die memang terbaik rm3.50 semangkuk

pasembur rm19 sepinggan

Pilih-pilih... jangan tak pilih...

Tadi dah makan laksa, pasembur, lepas tu order char kuew tiow tapi perut aku macam tak cukup pulak...
Mesti orang ingat manusia ke raksasa ni yang makan...??
Selepas bersalin ni, makin banyak pulak aku makan...
Agak nye perut tu makin banyak ruang kosong kot...
huhu....
Tapi pasembur ni memang sedap.
Itu yang order lagi tu..
Kali ni, rm5 je...


Lepas makan pergi la ke playground pulak...
Abang memang suka main kat sini...
Siap bukak kasut lagi...
Tak payah bukak kasut la abang,,
Ini bukan macam yang kat jusco or giant tu...
Kesian anak aku tak pernah main outdoor playground...

Adik yang dah penat....

Bagus Irfan yang debab... Jalan pulak ye...



Waktu ni memang ramai sangat orang kat padang tu...
Ingat kan ade jualan murah ke ape???
Rupa-rupanya ceramah politik la...

Lepas tu, kami ke jusco sebab aku nak beli pampers adik and abang..
Budak-budak ni duduk la kat sini..
Aku pun join la sekali
Tapi,...
Kenape orang asyik tengok aku je... confius betul...

Rupa-rupanya... patut la...
"Super Saver" la...
malu-malu... terus bangun dari situ...

Ini salah satu kedai nasi kandar... Hameediah Restoren..

Boleh la rase die...
tapi memang tak de sayur lain selain kobis dengan bendi...
pelik betul la...

Ni pinggan aku...
Adeke patut die bagi aku sotong seekor je...

Nasi beriani pun ade...

Inilah jeruk penang yang sempat kami beli...
huhu...
Walaupun aku tak makan jeruk, bukan main banyak lagi kami angkut...
berat ooo...
Demi untuk rakan-rakan etc kami sanggup...
huhu...

Monday 5 March 2012

Trip to Penang - IV

Inilah pertama kali aku makan mee udang mak jah..
sepanjang perjalanan ke sana kami ade melalui kawasan perkampungan..
tapi tak macam kg aku di Batu Pahat..
kat situ ade kawasan dari paya bakau..
tapi kebanyakkan nya hampir musnah untuk didirikan rumah..
sayang nya...
tiba-tiba pulak rasa sayang kat paya bakau tu...
huhu....
sayang betul... kecantikan semulajadi alam makin lama makin terhakis...
kalau kecantikan semulajadi muka makin berkurangan aku tak kisah sgt...
product kecantikkan belambak je kat pasaran..
pilih je la.. botox, cucuk je la, tepeklah foundation, etc... selesai masalah..

mee udang mak jah.. rm 12.

mee goreng biasa rm6 tapi dalam die rupanya banyak jugak udang... dalam 6-7 ekor.. cuma saiz je kecik sikit..

mee goreng yang sedap.. 

nampak macam nasi goreng bodo tapi sedap.. rm 6 jugak. dalam die banyak udang..

Bila perut dah kenyang, semua balik hotel tido...
malam ini ingat nak cari yong tau foo kat pasar malam tapi,...
semua tak larat la..

Bangun pagi terus breakfast kat hotel dulu...
Banyak betul makan sekarang ni..
apalah nak jadi.. muka pun macam dah terlebih lebar..

Posing di lobby hotel sebelum berambus...
Lepas ini kami terus nak ke Pulau makan nasi kandar pulak..
zasss..

Balik rumah nak masukkan kain dalam mesin je. huhu..
sakit ye dik pinggang.. Itu la dok turun naik tangga je kerja nya...

Kami ke pulau naik ferry... yey...
1st time naik ferry angkut sekali dengan kereta.
memang jakun...

Berdiri kat tempat paling depan sekali...

Akhirnya sampai jugak kat line clear...
clear je kedai ni...waktu ni dalam jam 3ptg. tak de orang pun..

Ayam goreng die best jugak la...

macam-macam jenis kari die letak...

tapi yang tak best tu... comot la pingan die..

hati gembira selepas peut kenyang..

selepas jalan-jalan, malam tu kami singgah di restoran de-pauh pulak...
kat sini makanan die best..
tempat pun bersih, aircond..

ini nasi lemak de-pauh..

yang ini benjo. tapi rase die lain dari yang lain...

order 1 tapi datang 2.. makan je la...

chicken chop die pun not bad..

sup daging die paling sedap...
ade rase masam, pedas etc..

mee goreng pun sodap..

Alhamdulilah...
Kenyang...