Sunday 1 April 2012

Facebook - Gaya hidup masa kini

Setiap orang ada pendirian masing-masing
Aku sekadar menulis apa yang aku rasakan yang perlukan perkongsian..
Tidak akan ada yang betul @pun salah berkaitan apa yang kita luahkan..
Salah satu medium perhubungan yang semakin berleluasa adalah 
FACEBOOK
facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg seorang berbangsa Yahudi
dibesarkan di New York dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard
Tahukah anda apakah keburukan di sebalik kebaikan yang ada:

Luahan perasaan di FB
untuk orang yang belum berkahwin kenyatan seperti "i miss u, i love u, x sabar nak jumpe... etc."
rasanya macam tidak perlulah nak tulis di wall masing-masing yang membolehkan seluruh dunia akan tahu perasaan anda itu..
untuk orang yang sudah berkahwin pula, tidak perlulah menceritakan segala aktiviti anda yang menunjukkan kesedihan, kebahagiaan anda kepada satu dunia... luahkan pada sahabat karib anda atau pasangan anda sahaja..Itu sudah mencukupi.. Sesungguhnya perasaan riak itu adalah diharamkan dalam islam. Tidak perlulah orang luar tahu masalah rumahtangga anda... Sekalipun anda bahagia atau derita..

Melalaikan
Menghadap fb memang melalaikan kecuali bagi orang yang berfikir... Sama ada lalai bergosip atau bermain game..

Meletakkan Gambar yang mengaibkan diri sendiri
Tanpa kita perasan, kadang-kadang gambar yang dipaparkan itu tidak sesuai untuk dipamerkan kepada umum. Sebelum kita meng-upload gambar diri sendiri dan rakan-rakan kita, fikirkanlah adakah gambar itu sesuai untuk tatapan umum... Jangan sampai gambar itu memalukan diri sendiri dan orang lain..

Menangguhkan Kerja
Kerana fb kita sanggup menangguhkan kerja pejabat, rumah, sekolah etc... 

Mengecutkan Otak
Kajian terbaru menunjukkan orang yang selalu menghadap fb akan mengalami pengecutan otak sebanyak 20%. Maknanya semakin kecut otak anda, semakin lembab lah anda...



Pilihan di tangan anda, tulislah apa yang anda mahu...
 tetapi tulislah menggunakan akal fikiran anda, bukannya menggunakan hati dan perasaan anda..



1 comment:

  1. Aku suka gak buka fb, tp same je sokmo..tgk n bace je org hupdate ape2..hihi

    ReplyDelete